Wartawan dan Etika

BLOG YANG MENGISAHKAN ERTI WARTAWAN, PERANAN, TANGGUNGJAWAB, SERTA ETIKA SEBAGAI PENGAMAL MEDIA

PEMBUKA KATA

Peranan, tanggungjawab, etika sebagai pengamal media di Malaysia

Sunday, March 28, 2010

Tujuan Etika Kewartawanan

Di Malaysia, terdapat dua versi yang telah dikeluarkan, antaranya adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) dan Organization for Newspaper Editor (ONE) atau Malaysian Press Institute (MPI).
Kedua-dua pertubuhan iaitu ONE dan MPI telah melancarkan kod etikanya pada tahun 1989 yang diterajui oleh kelompok yang sama iaitu para editor akhbar.
Pelancaran kod etika oleh ONE dan MPI adalah disebabkan mereka merasakan kod etika yang digunakan oleh NUJM adalah untuk ahli-ahlinya yang terdiri daripada wartawan bukan eksekutif organisasi media dan tidak sesuai untuk dipraktikkan oleh jabatan pengarang setiap organisasi media.
Walaubagaimanapun, kedua-dua kod etika NUJM dan ONE-MPI sebenarnya tidak mengikat wartawan sebagai satu dokumen undang-undang yang mesti dipatuhi sebaliknya pengamalannya adalah secara sukarela.

Sebenarnya Kod Etika Kewartawanan Malaysia juga bertindak sebagai Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia yang telah diperkenalkan lebih awal berbanding kod etika ONE-MPI. Kod etika yang dietengahkan oleh NUJM adalah seperti berikut:

1. Menghormati kebenaran serta hak orang ramai untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas setiap wartawan.

2. Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini, wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini;-kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.

3. Wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.

4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperoleh berita, gambar dan dokumen.

5. Sebarang maklumat yang dilaporkan sekiranya didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.

6. Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat.
7. Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan yang paling besar: plagiat, mengumpat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis(libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal professional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak yang lain.

Jika dilihat, Kod Etika Malaysia ONE-MPI juga mengamalkan lapan prinsip NUJM diatas, bezanya Cuma mereka meletakkan mukadimah tiga perenggan yang mengikrarkan dokongan terhadap Rukun Negara, kestabilan dan keselamatan anasional serta cita-cita Negara. Secara keseluruhannya Tatasusila Kewartawanan Malaysia ONE-MPI itu adalah berbentuk seperti berikut:-

Bahawasanya wartawan akan mendokong prinsip-prinsip Rukun Negara dan cita-cita nasional yang terkandung di dalamnya: menyedari peranannya untuk member sumbangan kepada proses pembinaan Negara; menyedari kewajipan untuk member sepenuh sumbangan pada pemupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional.

Menyedari bahaya komunisme, perkauman dan ketaksuban agama kepada kestabilan dan keselamatan Negara;menyedari pentingnya masyarakat liberal,toleran, demokratik dan peranan tradisi kewartawanan bebas dan bertanggungjawab yang berkhidmat untuk rakyat, dengan melaporkan fakta-fakta yang benar tanpa rasa takut atau berat sebelah; menyedari bahawa kewartawanan yang amanah adalah suatu aset kepada Negara.

Menyedari pentingnya menegakkan nilai pekerti masyarakat yang baik dan asli; menyedari bahawa tiada sebarang sekatan boleh diadakan bagi penyertaan seseorang ke dalam profesion wartawan untuk memberi sumbangan kepada penggubalan sesuatu dasar Negara.
Sebagai kesimpulannya sebarang etika kewartawan itu adalah sebagai sesuatu yang memandu dunia kewartawanan Malaysia, baik kod etika NUJM mahupun ONE-MPI dimana kedua-duanya mempunyai nilai asas yang mahu dipertahankan oleh para wartawan dimana juga iaitu kebebasan, kebenaran, kesaksamaan dan kehormatan.

Etika pengamal media di Malaysia adalah berbeza dengan Negara yang lain. Bagi etika yang diamalkan di Malaysia adalah bersifat tiada kebebasan mutlak daripada penyampaian mesej kepada masyarakat. Pengamal media di Malaysia lebih terikat dengan undang-undang dimana segala fakta atau pendapat yang dikeluarkan oleh pengamal media tersebut perlu lebih berhati-hati demi kesejahteraan Negara. Isu-isu sensitif juga perlu dielakkan bagi mengelakkan perselisihan faham antara perpaduan.

Berbanding pula di Amerika Syarikat, media di Negara tersebut adalah lebih bersifat bebas dimana media mengawal kerajaan. Di dalam perkara ini, pihak kerajaan terpaksa akur dengan segala maklumat yang disampaikan oleh media dan media mempunyai pengaruh yang besar sehingga boleh menjatuhkan pemimpin bagi Negara terbabit. Bagi Negara ini juga jarang menggunakan etika kerana isu sensitiviti kaum sering diutarakan dan dijadikan bahan laporan kepada masyarakatnya.

Mereka juga tidak tunduk kepada undang-undang sekiranya terdapat kebenaran dalam sesuatu perkara. Berita yang disiarkan juga tidak perlu ditapis oleh pihak ketiga kerana sekiranya mempunyai pihak ketiga dalam penapisan berita, maka setiap info atau maklumat yang ingin didedahkan akan disekat.

Wartawan sememangnya berhak mengeluarkan sebarang berita dan fakta. Namun, tatkalanya hasil laporan segelintir wartawan adalah cetek dan mempunyai kelemahan dalam mengeluarkan fakta. Malah, kekurangan sumber juga pasti akan menyebabkan masyarakat kurang percaya terhadap media. Keraguan daripada pembaca tentang isi kandungan berita dalam jangka masa panjang tentu akan menjejaskan kredibiliti serta imej wartawan serta organisasi media yang diwakilinya.

Dari segi ini, kita dapat lihat dengan jelas kebebasan media antara Malaysia dengan Negara barat dan kita seharusnya mencontohi Negara barat dimana kebebasan yang diamalkan adalah secara telus dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca tanpa berselindung daripada menyatakan kebenaran.
Walaubagaimanapun tidak semua kebebasan yang diamalkan oleh barat boleh diterima, selagi kebebasan tersebut tidak keterlaluan dan diyakini daripaada sumber yang tepat supaya tidak menimbulkan keadaan salah faham kepada pembaca.

3 comments:

  1. Salam para wartawan semua.....

    Pada pendapat saya, wartawan memang suka memperbesarkan semua perkara walaupun kadangkala ia sebenarnya kurang tepat dan dari sumber yang tidak diketahui kesahihannya. Wartawan juga sudah macam pokok yang berbuah mengikut musim. Jika isu polis misalnya, maka berpanjanganlah isu tersebut cuba dicungkil dan dijaja tanpa mengira perasaan seluruh ahli dalam organisasi terbabit.

    Suatu masa dahulu,era 80 dan sebelumnya, saya merasakan wartawan ialah orang yang sentiasa bersikap benar dalam pemberitaannya tetapi kini perasaan tersebut kian terhakis sama seperti terhakisnya tanggapan wartawan sendiri terhadap profesion lain.

    Wartawan kini telah mula berpihak atas kepentingan bersifat material dan kuasa. Wartawan kini akan bangga jika dapat melariskan akhbar yang diwakili dan membawa keuntungan besar kepada syarikat tanpa mengira impak yang bakal melanda akibat penulisan yang bersifat provokasi dan cerita yang tidak pasti.

    Saya membaca blog ini semata-mata untuk mengetahui apakah etika kewartawanan Malaysia yang sebenarnya. Apakah wartawan sebenarnya telah mematuhi etika tersebut ketika menjalankan tugas. Melihat salah dan kecacatan orang lain memang mudah. Tapi untuk membetulkan sesuatu tanggapan yang salah bukan semudah menjaja cerita. Sila semak dan baca kembali serta hayati etika kewartawanan anda (jika ada)untuk cara penulisan yang lebih adil untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Etika kewartawanan ni boleh di pakai untuk blogger tak?

    ReplyDelete